Berkenan berangkat ke Majlis Khatam 70 kali

Berkenan berangkat ke Majlis Khatam 70 kali

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 70 kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-70 tahun, yang berlangsung di Istana Nurul Iman, petang tadi.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang telah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri bersama kerabat diraja yang lain semasa berkenan berangkat ke majlis itu.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri bersama kerabat diraja yang lain semasa berkenan berangkat ke majlis itu.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Khatam 70 kali sempena Hari Keputeraan Baginda ke-70 tahun.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Khatam 70 kali sempena Hari Keputeraan Baginda ke-70 tahun.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta khatam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta khatam.

pg08_160729_c

pg08_160729_d

Majlis kemudian disusuli dengan bacaan khatam Al-Quran beramai-ramai yang telah dikepalai oleh Pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja, Daerah Tutong, Awang Abdul Hafiz bin Haji Abdul Kadir Oshman.

Bacaan khatam disertai oleh 1,708 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli majlis perundingan kampung seluruh negara. Setiap daerah mewakili empat kategori iaitu 123 orang lelaki dewasa, 123 orang wanita dewasa, 245 orang belia dan 245 orang beliawanis.

Manakala itu, seramai 600 orang peserta lagi merupakan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun bagi setiap daerah yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang menyertai Skim Tilawah Al-Quran Remaja, Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun, pelajar-pelajar sekolah Arab dan Al-Falah, sekolah-sekolah rendah dan agama, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), dan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Berangkat sama ke majlis tersebut, DYTM Pengiran Digadong, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.
Berangkat sama ke majlis tersebut, DYTM Pengiran Digadong, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.
Turut berangkat di majlis tersebut, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Majlis khatam Al-Quran 70 kali khatam ini juga telah disertai oleh Cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim. Juga menyertai majlis, para pelajar sekolah menengah, vokasional dan teknikal serta institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.

Bacaan takhtim pula telah dibacakan oleh para pegawai dan guru agama perempuan dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), manakala bacaan tahlil dibacakan oleh para pegawai dan imam dari Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Sementara itu, doa khatam dibacakan oleh Awang Abdul Hafiz.

Antara peserta khatam di Majlis Khatam Al-Quran 70 kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-70 tahun, yang berlangsung di Istana Nurul Iman, petang kelmarin.

among the participants during the 70 Times Khatam Ceremony in conjunction to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 70th Birthday
among the participants during the 70 Times Khatam Ceremony in conjunction to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 70th Birthday

Majlis kemudian diserikan dengan Dikir Marhaban oleh pegawai dan imam Jabatan Hal Ehwal Masjid dan guru agama perempuan dari JPI serta peserta-peserta khatam, kemudian majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain kemudiannya berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta khatam.

Turut berangkat dan hadir di majlis itu ialah Pengiran-Pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para timbalan menteri, pehin manteri, manteri pendalaman, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

Majlis inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama ini merupakan kali keenam diadakan sejak diperkenalkan pada tahun 2011.

ARTIKEL YANG SAMA