Berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran

Berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Siti Huzzaimah Yadey binti Haji Rosli masing-masing muncul juara Qari dan Qariah dalam Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/2016M.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat dan seterusnya menganugerahkan hadiah kepada para pemenang pada hari terakhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini, hari ini.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/2016M serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada majlis tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada majlis tersebut.
Kerabat diraja yang lain berkenaan berangkat ke majlis tersebut.
Kerabat diraja yang lain berkenaan berangkat ke majlis tersebut.
Baginda Sultan berkenan menganugerahkan piala kepada johan Qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi, Dayang Siti Huzaimah Yadey.
Baginda Sultan berkenan menganugerahkan piala kepada johan Qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi, Dayang Siti Huzaimah Yadey.
Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sembah alu-aluannya.
Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sembah alu-aluannya.
Johan Qari Awangku Muhammad Adibul Amin.
Johan Qari Awangku Muhammad Adibul Amin.
Johan Qariah Dayang Siti Huzaimah Yadey.
Johan Qariah Dayang Siti Huzaimah Yadey.
Syeikh Dr Ustaz Abdel Fattah Ali Abdel Fattah Darwisy Al-Tharaty.
Syeikh Dr Ustaz Abdel Fattah Ali Abdel Fattah Darwisy Al-Tharaty.

Dengan mengutip markah 92.33, Awangku Muhammad Adibul Amin menjuarai kategori qari sekali gus menempatkan Awang Mohammad bin Ali sebagai naib johan dengan 90.83 mata dan Awang Mohd Zul-Hafiz bin Awang Tengah di tempat ketiga dengan 89.91 mata.

Sementara itu, Dayang Siti Huzaimah binti Haji Rosli mencatatkan 88.83 mata selaku johan Qariah, diikuti oleh Hajah Nurfaezah binti Haji Emran selaku naib johan dengan 88.83 mata dan Hajah Nurul Akmalina binti Haji Yahya di tempat ketiga dengan memperolehi 86.07.

Johan Qari dan Qariah membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, wang tunai $7,000, piala iringan serta sijil, manakala itu naib johan memenangi wang tunai $5,000 dan pemenang menerima $3,000, berserta piala iringan dan sijil.

Para qari dan qariah turut menerima hadiah penghargaan berupa wang tunai $1,500 berserta piala iringan dan sijil.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ketua Imam di Kementerian Awqaf Mesir, Syeikh Dr Ustaz Abdel Fattah Ali Abdel Fattah Darwisy Al-Tharaty.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum pengumuman para pemenang oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh selaku Pengerusi Jemaah Hakim.

Selepas pengumuman keputusan, majlis menyaksikan johan Qari dan Qariah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menganugerahkan hadiah-hadiah cenderamata kepada johan Qari dan Qariah serta para peserta, hakim-hakim musabaqah dan qari hakim jemputan Musabaqah.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Seramai 12 orang peserta (enam orang Qari dan enam orang Qariah) telah memperdengarkan bacaan mereka pada hari pertama dan kedua musabaqah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA