Berkenan Berangkat Ke Majlis Pandu Puteri

Berkenan Berangkat Ke Majlis Pandu Puteri

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, pagi tadi, telah berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian Lencana Keahliaan, Kad Waran dan Kad Pra-Waran Senegara Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), bagi tahun 2016.

Keberangkatan Yang Teramat Mulia selaku Yang Di-Pertua PPPBD ke Sekolah Menengah Sayyidina Hassan telah dijunjung oleh Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim, dan ahli-ahli jawatankuasa majlis persatuan.

Pada majlis itu, seramai 275 orang ahli baru menerima Lencana Keahlian Tenderfoot, lapan orang ahli pemimpin muda dan tujuh orang pemimpin dewasa menerima Kad Waran, manakala itu, empat pemimpin muda dan dua pemimpin dewasa menerima Kad Pra-Waran.

Seramai 27 orang Pandu Puteri Ranger dan 190 orang Pandu Puteri telah menerima keahlian Tenderfoot, manakala itu, pada tahun ini, hanya 39 orang Pandu Puteri Tunas menerima Lencana Keahlian. Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian, Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani.

Ahli-ahli PPPBD kemudian menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam, lagu Dunia Pandu Puteri dan lagu Rantau Asia Pasifik.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah ketika berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian Lencana Keahlian (Tenderfoot), Kad Waran dan Kad Pra-Waran Senegara Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, semalam. – Infofoto

Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani buku lawatan.
Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani buku lawatan.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan mengurniakan lencana kepada salah seorang penerima.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan mengurniakan lencana kepada salah seorang penerima.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama warga PPPBD.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama warga PPPBD.

Ini diikuti dengan sembah alu-aluan Hajah Siti Habsah yang antara lain menyembahkan mengenai keahlian persatuan tersebut, dan kajian keahlian yang dijalankan oleh PPPBD bagi memenuhi kehendak Pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

Bacaan Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam kemudiannya dilaungkan dengan diketuai oleh Pesuruhjaya Pandu Puteri, Hajah Nafsiah binti Haji Muhammad dan Persetiaan Pandu Puteri Tunas diketuai oleh Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas, Hajah Esah binti Haji Muhammad.

Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan menyempurnakan penganugerahan Kad Waran dan Kad Pra-Waran pemimpin serta lencana keahlian kepada ahli-ahli Pandu Puteri dan Pandu Puteri Tunas.

Untuk mendapatkan keahlian Pandu Puteri Tunas, para ahli dikehendaki lulus ujian Tenderfoot setelah tiga bulan keahlian.

Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menandatangani lembaran kenangan Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan seterusnya menanam pokok di halaman Study Garden Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, di Kementerian Pendidikan, Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

ARTIKEL YANG SAMA