Berkenan berangkat ke majlis persandingan

Berkenan berangkat ke majlis persandingan

Gambar oleh Dean Kassim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan berangkat menghadiri majlis persandingan anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah di Baitul Athirah, Kampung Beribi, Gadong.

Berangkat sama adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Juga berangkat Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani serta ahli kerabat diraja yang lain.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan bergambar bersama pengantin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan bergambar bersama pengantin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Persandingan YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Persandingan YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah.
Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri dan DYTM Pengiran Perdana Wazir berkongsi saat gembira semasa majlis tersebut.
Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri dan DYTM Pengiran Perdana Wazir berkongsi saat gembira semasa majlis tersebut.

pg03_160418_c

Sebahagian kerabat diraja yang berkenan berangkat ke majlis persandingan itu.
Sebahagian kerabat diraja yang berkenan berangkat ke majlis persandingan itu.

pg03_160418_e

Antara ahli kerabat diraja yang berangkat menghadiri majlis persandingan tersebut.
Antara ahli kerabat diraja yang berangkat menghadiri majlis persandingan tersebut.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah dan Yang Mulia Mohamad Bazli Azhar.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah dan Yang Mulia Mohamad Bazli Azhar.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah melangsungkan perkahwinan dengan Yang Mulia Mohamad Bazli Azhar bin Haji Muhammad Yussof.

Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri kemudian berkenan menerima junjung ziarah daripada kedua mempelai.

Juga berkenan menerima junjung ziarah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Turut berkenan menerima junjung ziarah ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah, bonda pengantin perempuan.