Berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran

Berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1436 Hijrah yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1436 Hijrah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned sebelum diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, diikuti dengan pengurniaan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Acara diteruskan dengan ceramah khas bertajuk “Al-Quran Penawar dan Rahmat” oleh Timbalan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Haji Muhd Hussein bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

pg04_150604_a

pg04_150604_b

Kemudian majlis menyaksikan pemakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan dan Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1436 Hijrah, yang dibacakan Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh selaku Pengerusi Jemaah Hakim.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Johan Kategori ‘A’ disandang oleh Iman Al-Humaira binti Haji Emran / Ahmad Abdussalam, diikuti oleh Majdah Al-Zahraa binti Zawawi selaku naib johan dan Nurjeehan Solehah binti Najhe di tempat Ketiga.

Nuriwani Hidayah binti Haji Chipli pula menjuarai Kategori ‘B’, dikuti oleh Mohammad Hafizuddin bin Mohammad Saidin di tempat kedua dan Bani Nurun Nasyithah binti Asbinin di tempat ketiga.

Manakala itu, Julazni bin Haji Zaini pula mengungguli Kategori ‘C’ apabila berjaya menewaskan Abdul Aziz bin Noor Nasran selaku naib johan yang disusuli oleh Hajah Rozimah Mukarramah binti Haji Salleh di tempat ketiga.

Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada juara Kategori C, Julazni.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada juara Kategori C, Julazni.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada peserta Brunei Darussalam bagi Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negara Anggota MABIMS.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada peserta Brunei Darussalam bagi Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negara Anggota MABIMS.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada peserta dari Malaysia yang memenangi Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negara Anggota MABIMS.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada peserta dari Malaysia yang memenangi Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negara Anggota MABIMS.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada salah seorang peserta negara yang menyertai Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negara Anggota MABIMS.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada salah seorang peserta negara yang menyertai Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negara Anggota MABIMS.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada juara Kategori A, Iman Al-Humaira.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan hadiah kepada juara Kategori A, Iman Al-Humaira.

Kategori ‘D’ pula dimenangi oleh Dayang Nor Asilah binti Haji Putting diikuti oleh Raihanah binti Haji Ali Asgar dan Mohammad Saiful Wafi@Aman bin Haji Adis, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Johan Kategori ‘E’ iaitu bagi Menghafaz 30 Juz Al-Quran, daripada Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Juz 20, disandang oleh Irma Mohammad Hazmie bin Haji Matussin yang disaingi adik-beradik Muhammad Khairul Anuar bin
Haji Ahmad dan Muhammad Hasbul Wafi bin Haji Ahmad yang terpaksa akur di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu bagi Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negara Anggota MABIMS pula, Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran Berserta Pemahaman Juz 20 dan Kategori Menghafaz 10 Juz Al-Quran Berserta Pemahaman Juz 7 diungguli peserta Malaysia.

Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran Berserta Pemahaman Juz 20 menyaksikan Farihah binti Zulkifli dari Malaysia tampil johan meninggalkan Badrut Tamam Achmad Republik dari Indonesia di tempat kedua dan Irma Mohammad Hazmie bin Haji Metussin dari Brunei Darussalam dan Muhammad Ilyas bin Mohammad Asraff dari Republik Singapura di tempat ketiga dan keempat.

pg04_150604_h

Kategori Menghafaz 10 Juz Al-Quran Berserta Pemahaman Juz 7 diungguli seorang lagi peserta Malaysia iaitu Putri Nur Nadia binti Bakri disusuli Amelia Khairunnisaa mewakili Republik Indonesia di tempat kedua.

Tampil di tempat ketiga pula ialah peserta tuan rumah, Assrinna binti Haji Ibrahim dan disusuli peserta Republik Singapura Muhammad Jabir bin Azmie.

Semua pemenang pulang dengan wang tunai, piala iringan dan sijil penyertaan.

Tema Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1436 Hijrah ialah “Al-Quran Penawar dan Rahmat” yang mana majlis sambutan tahun ini dikendalikan bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

ARTIKEL YANG SAMA