Berkenan bera...

Berkenan berangkat ke Majlis Sambutan TBC

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Tiong Hua (TBC) 2017 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Keberangkatan Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lain dijunjung oleh Penasihat Kehormat Majlis, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Pengerusi Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Cina 2017, Masyarakat Tiong Hua, Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh dan ahli-ahli jawatankuasa tadbir tertinggi majlis yang lain.

Sejurus keberangkatan, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lain dijunjung untuk bergambar ramai sebelum berangkat ke Dewan Plenari bagi majlis ramah mesra.

Jeffrey Wong dari Fotomas ketika menyembahkan pesambah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Jeffrey Wong dari Fotomas ketika menyembahkan pesambah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja lainnya berkenan beramah mesra bersama pelajar-pelajar yang membuat persembahan dan jemputan yang hadir.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja lainnya berkenan beramah mesra bersama pelajar-pelajar yang membuat persembahan dan jemputan yang hadir.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja lainnya berkenan bergambar ramai pada Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Tiong Hua 2017 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

Majlis dimulakan dengan upacara lagu kebangsaan yang diikuti dengan Baginda Sultan berkenan menerima pesambah dan majlis ramah mesra diteruskan dengan persembahan-persembahan tarian oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan, nyanyian dan bacaan pantun.

Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain kemudian dijunjung untuk menerima junjung ziarah daripada mereka yang menghadiri majlis berkenaan sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Masyarakat Tiong Hua ketika melafazkan Ikrar Taat Setia.
Masyarakat Tiong Hua ketika melafazkan Ikrar Taat Setia.

Antara persembahan daripada para pelajar yang mencuit hati dan menyerikan lagi Sambutan Perayaan Tahun Baru Tiong Hua 2017.
Antara persembahan daripada para pelajar yang mencuit hati dan menyerikan lagi Sambutan Perayaan Tahun Baru Tiong Hua 2017.

Pada sambutan kali ini, buat julung kalinya konsep ‘rumah terbuka’ melalui sidang video diperkenalkan dengan tujuan memberi peluang kepada kedua-dua Baginda serta kerabat diraja yang lain beramah mesra dengan rakyat jelata.

Ini bukan saja menggambarkan sikap penyayang dan keprihatinan seorang raja berjiwa rakyat tapi ia juga dapat meningkatkan tahap kesetiaan rakyat dan penduduk tetap di negara ini terhadap Baginda.

Persembahan bermukun yang diadakan di rumah terbuka itu dengan cara persembahan yang diubahsuai dan diperbaharui bukan saja menggambarkan ciri-ciri keunikan budaya tradisional Brunei tapi dapat meningkatkan interaksi budaya antara masyarakat Melayu dan Tiong Hua di negara ini seterusnya mencerminkan keharmonian masyarakat Brunei secara keseluruhan.

Tahun ini, masyarakat Tiong Hua meraikan Tahun Ayam dengan berikrar untuk terus meningkatkan lagi mutu penghasilan mereka dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, pembangunan dan pendidikan menuju ke arah kemakmuran serta kemajuan yang menjunjung negara dan bangsa.