Berkenan bera...

Berkenan berangkat ke Majlis Santap Beradat

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis berkenan berangkat ke Majlis Santap Beradat sempena sambutan Hari Polis ke-96 tahun di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Kompleks Ibu Pejabat Polis, Gadong, kelmarin.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pesuruhjaya Polis Kehormat; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Komandan Polis Wanita dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain, Timbalan Komandan Polis Wanita.

Keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat diraja dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Sejurus keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama pegawai-pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) seterusnya dijunjung merasmikan Bangunan Baru Mes Pegawai PDB dan menandatangani plak perasmian.

Baginda Sultan dan DYTM Pengiran Perdana Wazir semasa berkenan berangkat ke majlis itu.
Baginda Sultan dan DYTM Pengiran Perdana Wazir semasa berkenan berangkat ke majlis itu.
Baginda Sultan berkenan merasmikan dan menandatangani plaks perasmian Bangunan Baru Mes Pegawai PDB.
Baginda Sultan berkenan merasmikan dan menandatangani plaks perasmian Bangunan Baru Mes Pegawai PDB.
Baginda Sultan dan kerabat diraja lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai PDB.
Baginda Sultan dan kerabat diraja lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai PDB.
Baginda Sultan dan kerabat diraja berkenan dijunjung bergambar ramai semasa Majlis Santap Beradat sempena sambutan Hari Polis ke-96 tahun.
Baginda Sultan dan kerabat diraja berkenan dijunjung bergambar ramai semasa Majlis Santap Beradat sempena sambutan Hari Polis ke-96 tahun.
Berangkat sama ialah YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain.
Berangkat sama ialah YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain.
Antara warga PDB yang menghadiri majlis santap tersebut.
Antara warga PDB yang menghadiri majlis santap tersebut.

Baginda kemudian dijunjung menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan di ruang legar dewan bankuet diikuti sesi bergambar kenang-kenangan.

Lagu kebangsaan dimainkan dan panji-panji PDB diarak masuk ke dalam dewan bankuet dengan iringan muzik serunai dan tambur sebaik sahaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat masuk ke dewan bankuet.

Majlis Santap Beradat diserikan dengan iringan muzik dimainkan oleh Pasukan Pancaragam PDB.

Selesai majlis santap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah pegawai-pegawai PDB sebelum berangkat meninggalkan majlis.

ARTIKEL YANG SAMA