Berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara

Berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara

Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bagi meraikan Lawatan Negara Presiden Republik Filipina, Rodrigo Roa Duterte, serta rombongan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat mengalu-alukan ketibaan Presiden Duterte di Istana Nurul Iman dan seterusnya kedua-dua pemimpin beredar ke Royal Lounge bagi Majlis Mengadap sebelum Majlis Santap Negara.

Selepas Majlis Mengadap, Baginda beredar bersama-sama dengan Presiden Duterte bagi Majlis Santap Negara.

Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap Presiden Duterte.
Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap Presiden Duterte.
Baginda Sultan bersama paduka-paduka anakanda ketika berkenan bergambar dengan Presiden Duterte.
Baginda Sultan bersama paduka-paduka anakanda ketika berkenan bergambar dengan Presiden Duterte.
Baginda Sultan bersama kerabat diraja yang lain ketika berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bersama Presiden Rodrigo Duterte.
Baginda Sultan bersama kerabat diraja yang lain ketika berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bersama Presiden Rodrigo Duterte.
Baginda Sultan dan Presiden Duterte semasa Majlis Santap Negara.
Baginda Sultan dan Presiden Duterte semasa Majlis Santap Negara.
Baginda Sultan bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Negara.
Baginda Sultan bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Negara.

Berangkat sama ke Majlis Santap Negara tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Sebelum Majlis Santap Negara dimulakan, doa dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan mengurniakan titah diikuti ucapan balas daripada Presiden Duterte.

Presiden Duterte berada di negara ini dalam rangka Lawatan Negara selama tiga hari.

ARTIKEL YANG SAMA