Berkenan berangkat ke Majlis Santap sempena Puja Usia ke-42

Berkenan berangkat ke Majlis Santap sempena Puja Usia ke-42

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis Diraja Brunei, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-42 Tahun yang berlangsung di Dewan Bankuet, Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei, di sini, petang ini.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji A. Rashid.

Pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan beramah mesra bersama pegawai-pegawai kanan dan isteri masing-masing, diikuti dengan menandatangani ‘Lembaran Kenangan’.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan memotong Kek Puja Usia ke-42 Tahun.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan memotong Kek Puja Usia ke-42 Tahun.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain ke Majlis Santap Petang di Dewan Bankuet Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Gadong.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain ke Majlis Santap Petang di Dewan Bankuet Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Gadong.
Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan untuk santap petang di Dewan Bankuet, Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan untuk santap petang di Dewan Bankuet, Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah daripada Polis Diraja Brunei.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah daripada Polis Diraja Brunei.
Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai polis dan isteri masing-masing.
Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai polis dan isteri masing-masing.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani ‘Lembaran Kenangan’.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani ‘Lembaran Kenangan’.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bersama kerabat diraja lain berkenan dijunjung bergambar kenangan bersama para pegawai kanan Polis Diraja Brunei.

Keberangkatan tiba YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.
Keberangkatan tiba YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.
Dato Paduka Haji Hamdan, para pegawai polis dan isteri masing-masing yang hadir pada majlis itu.
Dato Paduka Haji Hamdan, para pegawai polis dan isteri masing-masing yang hadir pada majlis itu.

Sejurus selepas bergambar ramai, Duli Yang Teramat Mulia serta kerabat diraja yang lain, kemudiannya dijunjung ke ruang santap bagi acara memotong kek Puja Usia dan menerima pesambah yang disembahkan oleh Dato Paduka Seri Haji Bahrin sebelum majlis santap dimulakan.

Majlis pada petang itu diakhiri dengan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta kerabat diraja yang lain menerima junjung ziarah daripada para pegawai polis dan isteri masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA