Berkenan berangkat ke Perbarisan Pentauliahan 34 Pegawai kadet

Berkenan berangkat ke Perbarisan Pentauliahan 34 Pegawai kadet

Oleh Sim Y. H. dan Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini, berkenan berangkat menyempurnakan Upacara Sovereign’s Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan ke-14 di Akademi Pertahanan ABDB yang baru di Kampung Tanah Jambu.

Berangkat sama ke upacara berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan Baginda Sultan di Padang Kawad, Akademi Pertahanan ABDB dijunjung oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Sejurus keberangkatan, Baginda Sultan berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya dijunjung memeriksa perbarisan yang terdiri daripada Kawalan Kehormatan Pengambilan ke-14 seramai 34 orang serta diiringi oleh Kawalan Kehormatan Pengambilan ke-15 dengan diketuai oleh Leftenan (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima tabik hormat diraja.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima tabik hormat diraja.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung untuk memeriksa Kawalan Pertama dan Kawalan Kedua.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung untuk memeriksa Kawalan Pertama dan Kawalan Kedua.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera kepada Pegawai Kadet Muhammad Khairi Zulfitri Hafizuddin.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera kepada Pegawai Kadet Muhammad Khairi Zulfitri Hafizuddin.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada Pegawai Kadet Muhamad Afandi Juna.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada Pegawai Kadet Muhamad Afandi Juna.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Latihan Jasmani kepada Pegawai Kadet Mohd Ihya’uddin.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Latihan Jasmani kepada Pegawai Kadet Mohd Ihya’uddin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai kadet dan keluarga mereka.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai kadet dan keluarga mereka.

p04-8_20160429

Yang Teramat Mulia berkenan bergambar bersama pegawai-pegawai kadet dan keluarga mereka.
Yang Teramat Mulia berkenan bergambar bersama pegawai-pegawai kadet dan keluarga mereka.

p04-10_20160429 p04-11_20160429 p04-12_20160429

Acara disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat diikuti perbarisan mara ke hadapan.

Setelah berkenan mengurniakan titah, Baginda Sultan dijunjung dan berkenan mengurniakan anugerah bagi pegawai kadet terbaik di setiap jurusan Pegawai Kadet Pengambilan ke-14.

Mendahului pengurniaan anugerah ialah (Sword of Honour) Anugerah Pedang Kehormatan kepada 51319 Pegawai Kadet Muhammad Farasul Wa’ie bin Wadi, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) berkelulusan Bachelor of Arts (Hons) Historical Studies, Universiti Brunei Darussalam di mana selepas ditauliahkan sebagai pegawai tentera, beliau akan ditempatkan sebagai Pegawai Dalam Latihan di Kapal Diraja Brunei Darul Ehsan, TLDB.

Anugerah Pedang Kehormatan merupakan anugerah penghormatan yang tertinggi bagi seorang Pegawai Kadet yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Anugerah berkenaan merupakan simbol tunggak kecemerlangan keseluruhan terbaik bagi Pegawai Kadet yang mempunyai pencapaian tertinggi di dalam latihan asas ketenteraan, akademik, fizikal, latihan fasa kedua dalam semua aspek keseluruhan. Di samping itu, Pegawai Kadet berkenan juga mempunyai ciri-ciri keseluruhan yang mantap dan contoh Pegawai Terbaik dari segi kepimpinan, komitmen dan menunjukkan keperibadian yang positif dari awal hingga akhir latihan Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Baginda Sultan seterusnya berkenan mengurniakan ‘Anugerah Terbaik Akademik’ kepada 51313 Pegawai Kadet Muhamad Afandi bin Juna yang berkelulusan Bachelor of Science (Hons) Psychology, Bangor University, United Kingdom.

Beliau akan ditugaskan sebagai Ketua Platun, Platun 7, Kompeni C, Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Penerima ‘Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera’ ialah 51322 Pegawai Kadet (U) Muhammad Khairi Zulfitri Hafizuddin bin Zulkapli, berkelulusan Bachelor of Science (Hons) Chemistry, University of Leicester, United Kingdom. Selepas ditauliahkan menjadi Pegawai Tentera, beliau akan ditugaskan sebagai Juruterbang dalam latihan, Nombor 63 Skuadron Cawangan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Seterusnya diikuti dengan pengurniaan ‘Anugerah Terbaik Ketahanan Latihan Jasmani’ diterima oleh 51314 Pegawai Kadet Mohd Ihya’uddin bin Haji Ishak, lulusan Bachelor of Arts (Hons) Tourism Management, Asia Pacific University of Technology & Innovation, Malaysia. Selepas ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera, beliau akan di tugaskan sebagai Ketua Platun, Platun 6, Kompeni B Batalion Pertama TDDB.

Upacara diteruskan dengan tiga kali laungan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ daripada pasukan perbarisan diikuti doa yang dibaca oleh Penolong Ketua, Jabatan Agama, ABDB, 761 Kapten Ariffin bin Amit.

Baginda kemudian dijunjung berangkat ke Ceremonial Hall bagi merasmikan Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu yang baru ini. Sebelum ini, Akademi Pertahanan ABDB telah ditempatkan secara sementara di Perkhemahan Sungai Akar.

Pembinaan Akademi Pertahanan ABDB telah bermula pada awal 2013 dan merupakan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke 10.

Antara objektif Akademi Pertahanan ABDB adalah merancang, mengurus dan memenuhi keperluan-keperluan latihan pegawai-pegawai ABDB dengan cara yang sistematik, mewujudkan pengalaman pembelajaran yang positif kepada semua penuntut Akademi Pertahanan, mempromosikan Akademi Pertahanan di peringkat luar negara serta untuk mengukuhkan hubungan dengan lain-lain Akademi Pertahanan dan merencanakan laluan pengiktirafan rasmi kepada semua penuntut Akademi Pertahanan.

Upacara diteruskan dengan Majlis Santap Ringan diikuti dengan Majlis Junjung Ziarah daripada pegawai-pegawai kadet yang baru ditauliahkan dan keluarga serta berkenan menerima pesambah “Nur Ukhuwwah” yang bermaksud Cahaya Perpaduan dari Upacara Sovereign’s Parade Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB Pengambilan ke-14.

Ia memperlihatkan akan keagungan agama di dalam mendidik jiwa dan akhlak yang dipancarkan daripada kristal sfera.

Menjadi pedoman bagi setiap pegawai kadet selaku seorang yang akan memimpin dengan memikul amanah dan tanggungjawab untuk membentuk anggota ABDB.

Di samping itu, tiga lingkaran bulat menunjukkan nilai-nilai asas Sekolah Pegawai Kadet iaitu Setia, Takwa dan Berani yang ditanamkan kepada setiap bakal pemimpin muda ABDB, di samping itu juga penerapan dan pembentukan jati diri untuk berdisiplin, bertanggungjawab dan berakhlak mulia serta berlaku adil.

Baginda juga berkenan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan Buku Perjalanan Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan.

Baginda juga berkenan menerima junjung ziarah daripada jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai Sekolah Pegawai Kadet, pegawai tentera dari negara-negara sahabat termasuk semua pegawai yang menerima Anugerah Pedang Kehormatan daripada pengambilan pertama hingga pengambilan ke-13.

Sebelum berangkat balik meninggalkan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Baginda juga berkenan bagi sesi bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA