Berkenan berangkat ke Peru

Berkenan berangkat ke Peru

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani dan Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Lima, Republik Peru bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC (AELM) ke-24 yang akan berlangsung pada 19 dan 20 November 2016 di Pusat Konvensyen Lima, Republik Peru.

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Turut menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; menteri-menteri Kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja; timbalan-timbalan menteri; pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Baginda Sultan dan kerabat diraja yang lain berkenan mengaminkan doa sebelum keberangkatan dari Istana Nurul Iman.
Baginda Sultan dan kerabat diraja yang lain berkenan mengaminkan doa sebelum keberangkatan dari Istana Nurul Iman.

Kerabat diraja yang berkenan berangkat ke hangar penerbangan diraja.
Kerabat diraja yang berkenan berangkat ke hangar penerbangan diraja.

ARTIKEL YANG SAMA