Berkenan berangkat ke Sambutan Aidilfitri Yayasan

Berkenan berangkat ke Sambutan Aidilfitri Yayasan

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kelmarin berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Keberangkatan baginda berdua dijunjung oleh Timbalan Pengerusi 1 Jemaah Tadbir Yayasan, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, selaku Timbalan Pengerusi I Lembaga Pengarah Yayasan dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Timbalan Pengerusi II Lembaga Pengarah Yayasan.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

pg12_160801_i

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Sejurus keberangkatan tiba di Dewan Plenari, bacaan Doa Selamat dipohonkan bagi memberkati majlis yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

ATAS DAN BAWAH: Antara persembahan penghibur cilik pada majlis itu.
ATAS DAN BAWAH: Antara persembahan penghibur cilik pada majlis itu.

pg12_160801_k

Kemeriahan majlis diserikan lagi dengan persembahan gabungan para pelajar Sekolah YSHHB yang terdiri daripada kanak-kanak Taman Asuhan Kanak-kanak, murid-murid sekolah rendah dan para penuntut sekolah menengah yang bertemakan ‘Generasi Berwawasan’.

Baginda juga berkenan berangkat menyaksikan Pameran ‘YSHHB Young Entrepreneurs’ Exhibition and Booth Sales’ yang disertai sebanyak 95 perusahaan yang diusahakan oleh para belia tempatan sebagai sokongan Yayasan terhadap mereka yang telah menyahut seruan kerajaan dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan bagi sama-sama memperkasa kemajuan ekonomi negara.

Beberapa buah agensi kerajaan yang terlibat dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada para pengusaha muda tempatan turut menyertai pameran tersebut.

Pada majlis itu Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri turut berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra dengan semua peserta yang hadir.

ARTIKEL YANG SAMA