Berkenan berangkat ke tugu peringatan

Gambar oleh Infofoto

 

BEIJING, 13 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan berangkat ke Tugu Peringatan Monument to the People’s Heroes bagi Upacara Meletakkan Kalungan Bunga.

Berangkat mengiringi Baginda ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Sejurus keberangkatan tiba, Baginda disembah-kenalkan kepada Penolong Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Rakyat China, Kong Xuanyou dan Timbalan Pengerusi Beijing Municipal Committee of the 12th Chinese People’s Political Consultative Conference (CPPCC), Yan Zhongqiu.

KDYMM berkenan dijunjung bagi meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan tersebut.

Selepas itu, lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dimainkan, diikuti dengan lagu kebangsaan China.

Baginda kemudian dijunjung bagi meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan tersebut.

Tugu Peringatan Monument to the People’s Heroes, yang terletak di tengah Dataran Tiananmen ini telah dibina sebagai tugu peringatan kebangsaan bagi memperingati wira-wira yang telah terkorban dalam mempertahankan negara pada abad ke-19 dan ke-20.