Berkenan berangkat meninggalkan Bangkok

Berkenan berangkat meninggalkan Bangkok

Gambar oleh Infofoto

 

BANGKOK, Thailand, 10 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat meninggalkan Bangkok, Thailand setelah menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) Kedua di Bangkok, Thailand.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Sebelum berangkat menaiki pesawat khas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan melintasi Kawalan Kehormatan Statik.

Berada di Military Air Terminal 2, Bangkok bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan ialah Menteri Industri Thailand, Dr. Atchaka Sibunruang.

Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan sebelum Baginda Sultan berangkat meninggalkan hotel persemayaman di Bangkok.
Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan sebelum Baginda Sultan berangkat meninggalkan hotel persemayaman di Bangkok.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan melintasi Kawalan Kehormatan Statik sebelum berangkat meninggalkan Bangkok.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan melintasi Kawalan Kehormatan Statik sebelum berangkat meninggalkan Bangkok.
Baginda Sultan ketika berangkat meninggalkan Bangkok selepas menghadiri ACD Kedua.
Baginda Sultan ketika berangkat meninggalkan Bangkok selepas menghadiri ACD Kedua.

ARTIKEL YANG SAMA