Berkenan berangkat meninggalkan Bangkok

Berkenan berangkat meninggalkan Bangkok

Gambar Infofoto

 

BANGKOK, THAILAND, 7 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan berangkat meninggalkan Bangkok, Thailand.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berangkat sama semasa Doa Selamat tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; serta kerabat diraja yang lain.

Baginda berdua dan kerabat diraja lain mengaminkan doa sebelum berangkat meninggalkan Bangkok.
Baginda berdua dan kerabat diraja lain mengaminkan doa sebelum berangkat meninggalkan Bangkok.

Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan sebelum berangkat meninggalkan hotel.
Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan sebelum berangkat meninggalkan hotel.

ARTIKEL YANG SAMA