Berkenan berangkat saksi pentas muzikal ISB

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan berangkat menyaksikan persembahan pentas muzikal ‘ISB Will Rock You’ di ISB.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan membuat persembahan pentas bersama guru-guru dan para pelajar ISB.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin, berkenan berangkat menyaksikan persembahan pentas muzikal ‘ISB Will Rock You’ di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri telah dijunjung oleh Pengerusi Lembaga ISB, Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dan Pengetua Eksekutif ISB, Dr. Steven Geraghty.

Berkenan menyertai persembahan pentas bersama guru-guru dan para pelajar ISB ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. (Klik di sini untuk berita lanjut)