Berkenan berangkat untuk lawatan muhibah ke Singapura

Berkenan berangkat untuk lawatan muhibah ke Singapura

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, hari ini berangkat tiba di Republik Singapura bagi lawatan muhibah selama enam hari hingga 19 Ogos 2016.

Mengiringi keberangkatan Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muthee’ah Raayatul Bolqiah.

Mengalu-alukan keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ialah Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan & Kementerian Pembangunan Sosial, Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal bin Ibrahim dan Keluarga serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Luar Negeri Republik Singapura.

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah ketika berkenan berangkat tiba ke Republik Singapura bagi lawatan muhibah selama enam hari.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah ketika berkenan berangkat tiba ke Republik Singapura bagi lawatan muhibah selama enam hari.

Turut sama menjunjung keberangkatan tiba ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor dan isteri.

Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia kemudiannya berkenan menaiki kenderaan khas menuju ke hotel tempat persemayaman di sepanjang keberangkatan lawatan muhibah ini.

ARTIKEL YANG SAMA