Berkenan Beraya bersama orang kenamaan

Berkenan Beraya bersama orang kenamaan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, semalam, berkenan menerima junjung ziarah daripada orang-orang kenamaan bersempena Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah.

Berangkat ke majlis di Istana Nurul Iman itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; dan Yang Teramat Mulia i Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada orang-orang kenamaan. - GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada orang-orang kenamaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada orang-orang kenamaan.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada orang-orang kenamaan.

M08-3_20150720

M08-4_20150720

M08-5_20150720

M08-6_20150720

M08-7_20150720

M08-8_20150720

M08-9_20150720

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh menteri-menteri kabinet, para pesuruhjaya tinggi dan barisan duta-duta besar di Brunei Darussalam.

Juga hadir ke majlis itu ialah barisan timbalan-timbalan menteri, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA