Berkenan ceriakan acara Muzik dan Tarian

Berkenan ceriakan acara Muzik dan Tarian

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah telah mempamerkan bakat mereka dalam acara Muzik dan Tarian yang telah diadakan di Foyer Pusat Seni Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), kelmarin.

Acara yang menampilkan 138 penghibur muda dan diadakan bersama oleh Yippy Tune Music School and Fitness Zone itu membuka tirai dengan persembahan bermain piano secara solo oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dengan memainkan Fur Elise oleh Beethoven yang kemudiannya berkenan menyertai persembahan berkumpulan mempersembahkan muzik Star Wars bersama pemuzik-pemuzik muda yang lain.

Antara acara kemuncak majlis ialah persembahan oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang berkenan mempamerkan bakat bermain piano secara solo dan berkumpulan serta berkenan membuat persembahan bersama kumpulan penari Lavender Blue.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan mempamerkan bakat dengan bermain piano secara solo dalam acara Muzik dan Tarian di Foyer Pusat Seni Sekolah Antarabangsa Jerudong, kelmarin. – Gambar Yippy Tune Music School

YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan membuat persembahan bersama kumpulan penari Blue Lavender.
YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan membuat persembahan bersama kumpulan penari Blue Lavender.
YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan bermain piano secara solo kelmarin.
YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan bermain piano secara solo kelmarin.

Ini adalah kali pertama Yippy Tune Music School bekerjasama dengan Fitness Zone melalui satu titik persamaan untuk melatih para pelajar dalam seni persembahan.

Yippy Tune Music School membawa masuk kontinjen penghibur dengan vokal yang mantap untuk acara yang juga disertai oleh para pelajar dari Sekolah St Andrew dan Sekolah Seri Mulia Sarjana.

Dalam acara selama dua jam tersebut, sebanyak 19 persembahan telah disajikan dan telah berjaya memukau para penonton dengan gaya muzik mereka yang tersendiri.

ARTIKEL YANG SAMA