Berkenan ceriakan Majlis Bekas Perajurit

Berkenan ceriakan Majlis Bekas Perajurit

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Azrol Azmi & Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Bersama Pegawai-pegawai Bersara ABDB sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 tahun anjuran Bekas Perajurit RA Brunei Darussalam di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, kelmarin.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud, dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Harimaupadang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Husin bin Ahmad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis.

Di samping meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan, majlis itu juga memberi peluang kepada para pegawai bersara ABDB beramah mesra dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta merapatkan hubungan yang mungkin telah berjauhan jaraknya sejak bersara daripada ABDB.

Setelah acara beramah mesra di Ruang Chesney dan menandatangani Lembaran Tanda Kenangan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian dijunjung berangkat ke dalam Royal Berkshire Hall untuk Majlis Pemotongan Kek Hari Puja Usia dan Majlis Menyembahkan Pesambah Khas Hari Puja Usia.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembah kenalkan kepada pegawai-pegawai bersara ABDB oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, kelmarin.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menandatangani Lembaran Tanda Kenangan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menandatangani Lembaran Tanda Kenangan.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama para jemputan yang hadir pada majlis itu.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama para jemputan yang hadir pada majlis itu.

pg03_160802_b

Baginda Sultan ketika berkenan beramah mesra dengan seorang bekas perajurit negara.
Baginda Sultan ketika berkenan beramah mesra dengan seorang bekas perajurit negara.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai pada Majlis Bersama Pegawai-pegawai Bersara ABDB sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 Tahun di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, kelmarin.

Semasa acara pemotongan kek, para hadirin telah sama-sama berselawat semoga usia Baginda dilanjutkan dan kekal karar memerintah negara.

Sebaik sahaja acara pemotongan kek dan menyembahkan pesambah khas Hari Puja Usia, Surah Al-Fatihah dibacakan beramai-ramai dengan dipimpin oleh Mejar (B) Haji Ibrahim bin Ahmad dan diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran.

Majlis diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith.

Selepas Majlis Santap Minum Petang (High Tea), Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung untuk Majlis Junjung Ziarah bersama para jemputan lainnya dan para pegawai bersara ABDB.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai termasuk sesi bergambar ramai khas di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan gambar kenangan bersama para pegawai bersara ABDB yang berusia 70 tahun keatas.

Majlis ini juga merupakan acara keraian yang terulung dan bersejarah untuk menzahirkan rasa kesyukuran dan keperwiraan, menzahirkan rasa penghargaan atas kebajikan yang dikurniakan, serta menzahirkan rasa taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja yang juga seorang Pemerintah Tertinggi ABDB.