Berkenan hoskan jamuan makan malam

Berkenan hoskan jamuan makan malam

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, hari ini, menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Koordinasi bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean, di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan di mana kedua-duanya berbincang mengenai hubungan dua hala dan hal ehwal serantau.

Pada sebelah malam, Duli Yang Teramat Mulia juga mengadakan jamuan malam bagi Tuan Yang Terutama.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

TYT Teo Chee Hean berada di negara ini selama tiga hari bagi mengetuai delegasi Singapura dalam Program Pertukaran Kepimpinan Belia Brunei-Singapura 2015.

Duli Yang Teramat Mulia mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean. - Gambar oleh Bahyiah Bakir
Duli Yang Teramat Mulia mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

pg09_151007_a

pg09_151007_c

Berangkat sama ke majlis santap itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Berangkat sama ke majlis santap itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

ARTIKEL YANG SAMA