Berkenan kurnia nama cucunda

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini memaklumkan bahawa Baginda Sultan dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda, iaitu anakanda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dengan nama Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat Baginda dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan meluaran cucunda Baginda pada hari Jumaat, 12 Rabiulawal 1439H bersamaan 1 Disember 2017, jam 3:54 petang.

YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. – Infofoto