Berkenan kurnia Watikah Pelantikan

Berkenan kurnia Watikah Pelantikan

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi, berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan kepada duta-duta besar Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada duta-duta besar yang baru ke Negara Brunei Darussalam, di majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Brunei ke Republik Pakistan, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Mohd Saidin; Duta Besar Brunei ke Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abdul Rahman; Duta Besar Brunei Darussalam ke Thailand, Tuan Yang Terutama Haji Ismail bin Haji Abdul Manap; Duta Besar Brunei ke Republik Korea, Tuan yang Terutama Dato Paduka Haji Mohd Rosli bin Haji Sabtu; dan Duta Besar Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin.

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Meynardo L. Montealgre; dan Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Cho Htun Aung.

Selepas Majlis Mengurniakan Surat Watikah Pelantikan dan Menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap duta-duta besar Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad-daulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan bergambar ramai bersama duta-duta Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik selepas Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan dan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada duta-duta besar yang baru ke Negara Brunei Darus-salam, di Istana Nurul Iman.– Gambar oleh Muiz Matdani

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap bagi duta-duta besar Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap bagi duta-duta besar Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Republik Filipina, Tuan Yang Terutama  Meynardo L. Montealgre.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Meynardo L. Montealgre.
Baginda Sultan berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama  Cho Htun Aung.
Baginda Sultan berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Cho Htun Aung.

Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Mahmud, 56, pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia.

Tuan Yang Terutama Brigader Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Yussof, 52, pula pernah berkhidmat sebagai Pemangku Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), dan secara keseluruhannya, Tuan Yang Terutama telah berkhidmat dengan ABDB selama 31 tahun.

Sementara itu, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Mohd Rosli, 57, pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Tuan Yang Terutama Haji Ismail, 50, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar, 49 tahun, pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap secara berasingan duta-duta besar yang baru ke Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama Cho Htun Aung, 56, pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Kesatuan Myanmar ke Kemboja, manakala Tuan Yang Terutama Meynardo L. Montealgre, 54, pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Republik Filipina ke Greece.

ARTIKEL YANG SAMA