Berkenan kurniakan pingat

Berkenan kurniakan pingat

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), petang tadi berkenan menerima mengadap dan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam “Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T)” yang membawa gelaran “Dato Paduka Seri” kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral TNI Gatot Nurmantyo, di Istana Nurul Iman.

Hadir di majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Duta Besar Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral TNI (MAR) Achmad Faridz Washington, Asisten Intelijen Panglima Tentera Nasional Indonesia Mejar Jeneral TNI Fransen G. Siahaan, Asisten Operasi Panglima Tentera Nasional Indonesia, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan pingat Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam D.P.K.T yang membawa gelaran Dato Paduka Seri kepada Jeneral TNI, Gatot Nurmantyo. – Gambar oleh Azrol Azmi

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan berangkat ke majlis pengurniaan pingat dan mengadap. – Gambar Muiz Matdani
Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan berangkat ke majlis pengurniaan pingat dan mengadap. – Gambar Muiz Matdani
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral TNI Gatot Nurmantyo. – Gambar oleh Muiz Matdani
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral TNI Gatot Nurmantyo. – Gambar oleh Muiz Matdani
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai dengan pegawai tertinggi ketenteraan Indonesia dan Brunei. – Gambar oleh Muiz Matdani
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai dengan pegawai tertinggi ketenteraan Indonesia dan Brunei. – Gambar oleh Muiz Matdani
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Datin Sri Ibu Enny Trimurti. – Gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Datin Sri Ibu Enny Trimurti. – Gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai. – Gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai. – Gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan menerima pesambah. – Gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan menerima pesambah. – Gambar Infofoto
Bacaan doa oleh Mufti Kerajaan.
Bacaan doa oleh Mufti Kerajaan.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman.

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri Panglima Tentera Nasional Indonesia, Datin Sri Ibu Enny Trimurti yang diiringi isteri Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Datin Sakdiah binti Haji Mohamad Noor.

ARTIKEL YANG SAMA