Berkenan kurniakan Surat Watikah Pelantikan

Berkenan kurniakan Surat Watikah Pelantikan

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik di Istana Nurul Iman, kelmarin.

Baginda Sultan mula-mula berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Belgium, Awang Abu Sufian bin Haji Ali; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Perancis, Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, Pengiran Hajah Faezah binti Pengiran Haji Abdul Rahman; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Dayang Hajah Masurai binti Haji Masri; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste, Dayang Norazlianah binti Haji Ibrahim.

Selepas Majlis Mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan, Baginda Sultan kemudian berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Awang Abu Sufian.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Awang Abu Sufian.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Datin Paduka Malai Hajah Halimah.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Datin Paduka Malai Hajah Halimah.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Pengiran Hajah Faezah.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Pengiran Hajah Faezah.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Dayang Hajah Masurai.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Dayang Hajah Masurai.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Dayang Norazlianah.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Dayang Norazlianah.

Awang Abu Sufian sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Malai Hajah Halimah pula sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina.

Pengiran Hajah Faezah sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Perancangan Dasar di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; manakala Hajah Masurai berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; dan Dayang Norazlianah pula bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

ARTIKEL YANG SAMA