Berkenan lawat dua kementerian di Singapura

Gambar oleh Infofoto

SINGAPURA, 30 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan mengadakan lawatan ke Home Team Tactical Centre, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Home Team Tactical Centre dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-undang Republik Singapura, K. Shanmugam.

Sejurus selepas itu Duli Yang Teramat Mulia dijunjung mendengarkan sembah taklimat mengenai pusat itu, kemudian melihat lebih dekat demonstrasi-demonstrasi daripada Ground Response Team, Emergency Response Team dan Special Response Team serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di pusat tersebut. Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung bagi sesi bergambar ramai.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan berangkat ke Home Team Tactical Centre, di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kemudian ke Kementerian Perdagangan dan Industri bagi mendengarkan sembah taklimat Sekretariat Committee on the Future Economy, pada lawatan hari ketiga ke Republik Singapura.  – Gambar Infofoto.

DYTM semasa berkenan berangkat bagi menyaksikan demonstrasi Ground Response Team, Emergency Response Team dan Special Response Team.

DYTM semasa berkenan dijunjung untuk mencuba senjata-senjata yang digunakan oleh Special Tactics and Rescue (STAR) di Drive In Range.

DYTM semasa berkenan menyaksikan dengan lebih dekat kenderaan yang digunakan dalam demonstrasi tersebut.

DYTM semasa berkenan bergambar ramai di kawasan luar Live Demonstration Area tersebut.

DYTM berkenan menerima pesambah daripada K. Shanmugam.

DYTM semasa berkenan menghadiri majlis santap ringan.

DYTM semasa berkenan menerima junjung ziarah daripada salah seorang anggota Special Tactics and Rescue (STAR) di Drive In Range.

DYTM berkenan bergambar ramai di Drive In Range.

DYTM semasa berkenan bersalaman dengan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Republik Singapura, S Iswaran.

DYTM semasa berkenan mendengarkan sembah taklimat daripada Sekretariat Committee On the Future Economy.

Salah satu demonstrasi yang dipersembahkan oleh Ground Response Team, Emergency Response Team dan Special Response Team.

Pada lawatan itu, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima pesambah daripada K. Shanmugam dan mengurniakan cenderahati balas kepada beliau. Di penghujung lawatan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani buku pelawat. Manakala pada sebelah petang, Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Kementerian Perdagangan dan Industri, Republik Singapura.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di kementerian itu dijunjung oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Republik Singapura S.Iswaran. Duli Yang Teramat Mulia kemudian dijunjung mendengarkan sembah taklimat daripada Sekretariat Committee on the Future Economy, Republik Singapura.