Berkenan lawat pameran statik

Berkenan lawat pameran statik

Oleh Imelda Farrah Zohre HA & Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

TUTONG, 31 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dijunjung berangkat ke Mini Stadium, Kolam Renang, Dewan Gerak Badan dan Padang Bola A dan B, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garisson, untuk menyaksikan Pameran Statik yang terdiri daripada pelbagai kelengkapan dan keupayaan ketenteraan daripada unit-unit ABDB dan meninjau kemudahan yang dipamerkan oleh Kementerian Pertahanan dan Persatuan Bekas Perajurit.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB.

Baginda Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung berangkat ke Mes Pegawai Waran/SSarjan dan Sarjan bagi Majlis Ramah Mesra bersama para Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan ABDB.

Di sini, Baginda dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan untuk bergambar ramai bersama PTB Kanan ABDB, dan seterusnya berkenan menerima pesambah berupa Cop Mohor Diraja yang disembahkan oleh PTB Kanan ABDB.

Sebelum berangkat balik, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan untuk menerima junjung ziarah daripada PTB Kanan ABDB dan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan.

pg04_150601_b

pg04_150601_a

pg04_150601_c

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan salah satu pameran yang diadakan sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-54.
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan salah satu pameran yang diadakan sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-54.

pg04_150601_e

Berkenan bergambar ramai bersama orang ramai yang hadir.
Berkenan bergambar ramai bersama orang ramai yang hadir.

pg04_150601_g

Baginda Sultan dan Duli Pengiran Muda Mahkota seterusnya dijunjung berangkat ke Dewan Makan, Institut Latihan ABDB bagi Majlis Ramah Mesra serta bergambar ramai bersama para PTB Rendah ABDB.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan menerima pesambah berupa Boastwain Pipe yang disembahkan oleh PTB Rendah ABDB.

Sebelum berangkat balik, Baginda juga berkenan untuk menerima junjung ziarah daripada PTB Rendah ABDB dan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan.

Sejurus tiba di Mes Pegawai Penanjong Garisson bagi Majlis Santap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung bagi Upacara Memotong Kek Hari Ulang Tahun ABDB.

Baginda Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah berupa Digital Binocular yang disembahkan oleh pegawai-pegawai ABDB.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung untuk menerima junjung ziarah daripada para pegawai ABDB diikuti dengan menandatangani Lembaran Kenangan sebelum bergambar kenangan berserta kerabat diraja yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA