Berkenan menerima mengadap

Berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi telah berkenan menerima mengadap Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Takehiko Nakao yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Negara Brunei Darussalam.

Mengiringi Presiden ADB pada majlis mengadap di Istana Nurul Iman tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Asia Tenggara, ADB, James Nugent dan Pengarah Eksekutif Alternat Pejabat Konstituensi ADB yang mewakili Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Myanmar, Nepal, Singapura dan Thailand, Dayang Rokiah binti Haji Badar.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohammad Juanda bin Haji Abdul Rashid: dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Takehiko Nakao. - Gambar oleh Muiz Matdani
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Takehiko Nakao. – Gambar oleh Muiz Matdani