Berkenan menerima mengadap

Berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap delegasi yang terdiri daripada 13 orang menteri, ketua-ketua delegasi dan timbalan setiausaha agung ASEAN yang berada di negara ini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Kebudayaan dan Kesenian ke-7 (AMCA ke-7) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengan rakan dialog bermula 24 hingga 25 Ogos 2016, di Istana Nurul Iman.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Pada majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap menteri-menteri, ketua-ketua delegasi dan setiausaha agung ASEAN iaitu Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Kebudayaan dan Ke-senian Republik Filipina, Profesor Felipe Mendoza De Leon Jr; Setiausaha Negara, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Halus (Fine Arts) Kemboja, Samraing Kamsan; Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan, Republik Demokratik Rakyat Laos, Savankhone Razmountry; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati binti Shamsuddin; Menteri Negara Kanan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, dan Kementerian Kewangan, Republik Singapura, Sim Ann; Naib Menteri Kebudayaan Thailand, Dr Chaweerat Kasetoontorn.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan bergambar ramai dengan menteri-menteri, ketua delegasi dan timbalan setiausaha agung ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN bagi Kebudayaan dan Kesenian ke-7 (AMCA ke-7) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengan rakan dialog pada majlis mengadap di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap menteri-menteri kebudayaan dan kesenian ASEAN dan rakan-rakan dialog.
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap menteri-menteri kebudayaan dan kesenian ASEAN dan rakan-rakan dialog.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan berinteraksi bersama menteri-menteri kebudayaan dan kesenian ASEAN dan rakan-rakan dialog.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan berinteraksi bersama menteri-menteri kebudayaan dan kesenian ASEAN dan rakan-rakan dialog.

Turut mengadap ialah Naib Menteri Kebudayaan, Republik Rakyat China, Ding Wei; Menteri Negara bagi Pendidikan Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Hiroyuki Yoshiee; Naib Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Republik Sosialis Vietnam; Vuong Duy Bien; Presiden Pusat Kebudayaan Asia (ACC) Republik Korea, Bang Sun-gyu; Ketua Pengarah Hal Ehwal Kebudayaan, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia, Dr. Hilmar Farid; Ketua Pengarah Jabatan Arkeologi, Muzim Negara dan Perpustakaan, Republik Kesatuan Myanmar, Kyaw Oo Lwin dan Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Vongthep Arthakaivalvatee.

Hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

ARTIKEL YANG SAMA