Berkenan menerima mengadap

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Tuan Yang Terutama U Cho Htun Aung di Qashr Al-Meezan. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 Mei 2015. – Gambar Infofoto