Berkenan menerima mengadap

Berkenan menerima mengadap

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi, berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi yang akan menamatkan perkhidmatannya, yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Watikah Pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 25 Februari 2014.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap TYT Dr. Ashok Kumar Amrohi.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap TYT Dr. Ashok Kumar Amrohi.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Puan Yamini Amrohi, isteri TYT Dr. Ashok Kumar Amrohi yang akan menamatkan perkhidmatan di negara ini. – Gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Puan Yamini Amrohi, isteri TYT Dr. Ashok Kumar Amrohi yang akan menamatkan perkhidmatan di negara ini. – Gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Puan Nang Yin May Win. - Gambar Infofoto.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Puan Nang Yin May Win. – Gambar Infofoto.

Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha turut berkenan menerima mengadap dua isteri perwakilan asing secara berasingan di Istana Nurul Iman. Baginda Raja Isteri mula-mula menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yamini Amrohi.

Baginda juga berkenan menerima mengadap Puan Nang Yin May Win, isteri Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Htun Aung.

ARTIKEL YANG SAMA