Berkenan menerima mengadap

Berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ibadah Republik Costa Rica, Tuan Yang Terutama Manuel A. Gonzalez Sanz, yang sedang berada di negara ini bagi rangka lawatan kerja.

Semasa majlis mengadap di Istana Nurul Iman tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Costa Rica, serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Sementara itu dalam majlis mengadap berasingan di Qashr Al-Meezaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri turut berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Manuel A. Gonzalez Sanz.

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap TYT Manuel A. Gonzalez Sanz. – Gambar oleh Muiz Matdani
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap TYT Manuel A. Gonzalez Sanz. – Gambar oleh Muiz Matdani
DYTM berkenan menyaksikan pesambah daripada TYT Manuel A.Gonzalez Sanz. – Gambar Infofoto
DYTM berkenan menyaksikan pesambah daripada TYT Manuel A.Gonzalez Sanz. – Gambar Infofoto

Menyertai sama dalam kedua-dua majlis mengadap itu ialah Duta Besar Republik Costa Rica ke Republik Korea, Tuan Yang Terutama Rodolfo Solano Quiros.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

ARTIKEL YANG SAMA