Berkenan menerima mengadap

Berkenan menerima mengadap

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenanan menerima mengadap Pemerintah Armada Pasifik Amerika Syarikat (AS), Laksamana Scott Swift yang membuat lawatan ke negara ini.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. Menyertai bersama Komander Armada Pasifik Amerika Syarikat pada majlis mengadap ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Boyd Allen.

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Laksamana Scott Swift di Istana Nurul Iman, semalam.
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Laksamana Scott Swift di Istana Nurul Iman, semalam.
Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Supinya Suwanpradhes, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes.

Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Patricia Swift, isteri Pemerintah Armada Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Scott Swift. Patricia Swift turut ditemani oleh isteri Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Datin Hajah Rashidah binti Haji Ibrahim dan Micheline R Tusenius, isteri Duta Besar istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Boyd Allen.

Juga hadir di majlis mengadap Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Juanda bin Haji Abdul Rashid; dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Sementara itu di ruang lain Istana Nurul Iman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Supinya Suwanpradhes, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes.

ARTIKEL YANG SAMA