Berkenan menerima mengadap

Berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap wakil khas dari Jabatan Negara Amerika Syarikat bagi Komuniti Islam, Shaarik H. Zafar yang mengadakan lawatan ke negara ini selama dua hari, di lstana Nurul Iman.

Semasa majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Shaarik H. Zafar telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Menyertai Shaarik H. Zafar ialah Charge d’Affaires Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam, Mark Dieker.

Juga hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Datu Seri Setia Lim Jock Seng.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah daripada wakil khas Komuniti Islam Jabatan Negara Amerika Syarikat (tengah). – Gambar oleh Muiz Matdani
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah daripada wakil khas Komuniti Islam Jabatan Negara Amerika Syarikat (tengah). – Gambar oleh Muiz Matdani

ARTIKEL YANG SAMA