Berkenan menerima mengadap dan berangkat ke majlis santap

Berkenan menerima mengadap dan berangkat ke majlis santap

Gambar Infofoto

 

BANGKOK, Thailand, 6 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha malam tadi berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Thailand, Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan isteri, Profesor Madya Naraporn Chan-O-Cha dan seterusnya berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan Perdana Menteri Thailand.

Majlis mengadap dan Majlis Santap Malam tersebut berlangsung di The St Regis Bangkok Hotel, Bangkok.

Majlis mengadap kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri bagi Perdana Menteri Thailand dan isteri telah diadakan di Bilik Astor Room 2, The St Regis Bangkok Hotel.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-At-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, serta kerabat diraja yang lain.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Thailand dan isteri di The St Regis Bangkok Hotel, Bangkok.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Thailand dan isteri di The St Regis Bangkok Hotel, Bangkok.
Baginda Sultan dijunjung oleh Perdana Menteri Thailand ke Majlis Santap Malam.
Baginda Sultan dijunjung oleh Perdana Menteri Thailand ke Majlis Santap Malam.

Baginda berdua berkenan memotong kek Puja Usia Baginda Raja Isteri yang disembahkan oleh Perdana Menteri Thailand dan isteri.
Baginda berdua berkenan memotong kek Puja Usia Baginda Raja Isteri yang disembahkan oleh Perdana Menteri Thailand dan isteri.

Rombongan Perdana Menteri Thailand termasuklah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Jeneral Prawit Wongsuwon; Menteri di Kementerian Luar Negeri, Don Pramudwinai dan isteri; Menteri Tenaga Jeneral Anantaporn Kanjanarat; Menteri Industri Tenaga Atchaka Sibunruang, dan Setiausaha Perdana Menteri, Jeneral (B) Wilas Aroonsri.

Semasa majlis menerima mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha dan Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha berbincang mengenai hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri kemudiannya berkenan beredar bersama-sama dengan Perdana Menteri Thailand dan isteri bagi Majlis Santap Malam.

Acara Majlis Santap Malam tersebut dimeriahkan lagi dengan pesambah berupa kek puja usia yang disembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri oleh Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan isteri.

ARTIKEL YANG SAMA