Berkenan menerima mengadap ketua perwakilan asing

Berkenan menerima mengadap ketua perwakilan asing

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan, di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Chhay Sokhan.

Beliau telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 22 Oktober 2011.

Atas/bawah: Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Chhay Sokhan dan Todd Mercer. - Gambar oleh Muiz Matdani.
Atas/bawah: Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Chhay Sokhan dan Todd Mercer. – Gambar oleh Muiz Matdani.

pg03_160819_b

Baginda Sultan kemudiannya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Todd Mercer.

Beliau telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 29 September 2012.