Berkenan menerima mengadap para tetamu khas

Berkenan menerima mengadap para tetamu khas

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada sebelah petang hari ini berkenan menerima mengadap para tetamu khas dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini bagi menghadiri Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-70 tahun yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura Teo Chee Hean dan isteri.

Juga menyertai beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Singapura, Chan Chun Sing dan Ketua Terus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim dan isteri.

Baginda berdua seterusnya berkenan menerima mengadap Ketua Menteri Sabah, Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan isteri. Seterusnya mengadap kehadapan majlis Baginda berdua ialah Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Jeneral TNI Ryamizard Ryacudu dan isteri.

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura.
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura.

Juga mengadap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Douglas Ugah Embas selaku wakil Ketua Menteri Sarawak dan isteri serta Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan dan isteri dan Ketua Polis Negara Malaysia, Dato Paduka Seri Tan Sri Khalid bin Abu Bakar dan isteri.

Akhir sekali mengadap ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon.

ARTIKEL YANG SAMA