Berkenan menerima surat tauliah pelantikan

Berkenan menerima surat tauliah pelantikan

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan 17 orang ketua perwakilan luar negeri ke negara ini yang tidak menetap dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, petang tadi.

Ketua-ketua perwakilan berkenan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Cote d’Ivoire, Sylvestre Kouassi Bile; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Nepal, Khaga Nath Adhikari; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Hellenic, George Dogoritis; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Czech, Ivan Hotek; Pesuruhjaya Tinggi Republik Afrika Selatan, Samkelisiwe Isabel Mhlanga; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Emiriyah Arab Bersatu, Abdulla Matar Khamis Al Mazrouei; Pesuruhjaya Tinggi Republik Mauritius, Issop Patel; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Turkmenistan, Yazkuli Mammedov; Pesuruhjaya Tinggi Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka, Nimal Weeraratne; Pesuruhjaya Tinggi Republik Zambia, Walubita Imakando; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Gambia, Abubacarr Jah; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Panama, Ronaldo Anibal Guevara Alvarado; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Croatia, Kreso Glavac; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Finland, Petri Juhani Puhakka; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ukraine, Dmytro Senik; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Costa Rica, Rodolfo Solano Quiros; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Serbia, Slobodan Marinkovic.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Nepal, Khaga Nath Adhikari. – Gambar Muiz Matdani

Baginda Sultan ketika berkenan menerima Surat Tauliah Perlantikan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Emiriyah Arab Bersatu.
Baginda Sultan ketika berkenan menerima Surat Tauliah Perlantikan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Emiriyah Arab Bersatu.
Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap empat orang pesuruhjaya tinggi dan 13 orang duta besar istimewa dan mutlak, kelmarin.
Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap empat orang pesuruhjaya tinggi dan 13 orang duta besar istimewa dan mutlak, kelmarin.
Baginda Sultan ketika berkenan bergambar ramai bersama empat orang pesuruhjaya tinggi dan 13 orang duta besar istimewa dan mutlak di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Sultan ketika berkenan bergambar ramai bersama empat orang pesuruhjaya tinggi dan 13 orang duta besar istimewa dan mutlak di Istana Nurul Iman, kelmarin.

Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap empat orang pesuruhjaya tinggi dan 13 orang duta besar istimewa dan mutlak.

Turut hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

ARTIKEL YANG SAMA