Berkenan mengadakan Lawatan Muhibah di Singapura

Berkenan mengadakan Lawatan Muhibah di Singapura

Gambar oleh Infofoto

 

SINGAPURA, 15 Ogos – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik pagi tadi berkenan membuat Lawatan Muhibah ke Home Team Tactical Centre.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Home Team Tactical Centre dialu-alukan oleh Timbalan Setiausaha (Antarabangsa), Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Ketua Eksekutif Home Team Academy, T. Raja Kumar.

Yang Teramat Mulia kemudian dijunjung berangkat bagi mendengarkan sembah taklimat dan seterusnya dijunjung bagi melihat dengan lebih dekat lagi kemudahan di Home Team Tactical Centre sebelum dijunjung bergambar ramai dan seterusnya menandatangani buku lawatan.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ketika berkenan membuat Lawatan Muhibah ke Home Team Tactical Centre Singapura, kelmarin.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan membuat Lawatan Muhibah ke Home Team Tactical Centre Singapura, kelmarin.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan dijunjung bergambar ramai semasa mengadakan Lawatan Muhibah ke Police Operations Command Centre, Pasukan Polis Singapura.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan dijunjung bergambar ramai semasa mengadakan Lawatan Muhibah ke Police Operations Command Centre, Pasukan Polis Singapura.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan dijunjung bergambar ramai bersama skuad Home Team Tactical.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan dijunjung bergambar ramai bersama skuad Home Team Tactical.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan berangkat ke Home Team Tactical Centre.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan berangkat ke Home Team Tactical Centre.

Pada sebelah petang pula, Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan berangkat membuat lawatan muhibah ke Police Operations Command Centre, Pasukan Polis Singapura.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di pusat berkenaan dialu-alukan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis (Operasi) Singapura, Lau Peet Meng.

Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung untuk mendengarkan sembah taklimat sebelum melihat dengan lebih dekat lagi kemudahan-kemudahan yang terdapat di pusat operasi tersebut dan seterusnya menandatangani buku lawatan.

ARTIKEL YANG SAMA