Berkenan mengurniakan daging ibadah korban

Berkenan mengurniakan daging ibadah korban

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, sempena Hari Raya Aidiladha diteruskan lagi dengan majlis pengurniaan daging ibadah korban kepada 100 orang penerima khas di Istana Nurul Iman, pagi tadi.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Pengerusi Bersama sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd Taha dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman serta ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Ibadah Korban Sunat, di Istana Nurul Iman bagi Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul ‘Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja lain berkenan berangkat ke majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan pengurniaan daging korban, di Istana Nurul Iman.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja lain berkenan berangkat ke majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan pengurniaan daging korban, di Istana Nurul Iman.
ATAS & BAWAH: Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ketika berkenaan mengurniakan daging korban kepada para penerima. – Gambar Infofoto
ATAS & BAWAH: Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ketika berkenaan mengurniakan daging korban kepada para penerima. – Gambar Infofoto

pg04_160913_c

pg04_160913_d

pg04_160913_e

pg04_160913_f

Sebelum majlis dimulakan, Takbir Hari Raya dilaungkan beramai-ramai yang dipimpin oleh 21 orang wakil daripada pasukan beruniform, persatuan-persatuan, belia masjid, sukarelawan da’ie dan sekolah-sekolah agama.

Seterusnya, ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan oleh Pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Abdul Hanan bin Amir dan Awangku Mohd ‘Ashim ‘Afiif bin Pengiran Haji Mohd Zin, manakala intisari ayat dibacakan oleh guru di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Pengiran Muhd Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada 100 orang penerima khas (50 orang lelaki dan 50 orang perempuan).

Takbir Hari Raya dilaungkan beramai-ramai yang diketuai oleh 21 orang wakil daripada pasukan beruniform, persatuan-persatuan, belia masjid, sukarelawan da’ie dan sekolah-sekolah agama. – Gambar Infofoto
Takbir Hari Raya dilaungkan beramai-ramai yang diketuai oleh 21 orang wakil daripada pasukan beruniform, persatuan-persatuan, belia masjid, sukarelawan da’ie dan sekolah-sekolah agama. – Gambar Infofoto
Antara penerima dan mereka yang hadir pada majlis pengurniaan daging ibadah korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman.
Antara penerima dan mereka yang hadir pada majlis pengurniaan daging ibadah korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Pada tahun ini, sebanyak 74 ekor sapi dan 14 ekor kambing telah dikorbankan, dan di antara daging ibadah korban tersebut akan diagihkan kepada sejumlah 7,894 orang asnaf fakir dan miskin di seluruh negara, yang terdiri daripada ketua keluarga serta tanggungannya yang berhak menerima iaitu 6,262 orang di Daerah Brunei dan Muara, 741 orang di Daerah Belait, 699 orang di Daerah Tutong dan 192 orang di Daerah Temburong.

Antara yang dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman ialah saudara-saudara baru, sukarelawan da’ie, belia masjid, Muslimah masjid, mahasiswa-mahasiswi institusi pengajian tinggi dan pelajar-pelajar sekolah agama.

ARTIKEL YANG SAMA