Berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah

Berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran Senegara Tahun 1437H/2015M Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) yang berlangsung di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia serta kerabat diraja yang lain telah dijunjung oleh Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim juga selaku Pengerusi Majlis serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD, Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani dan kemudian disusuli dengan sembah alu-aluan daripada Hajah Siti Hafsah.

Beliau antara lain menjelaskan pertandingan peringkat daerah telah diadakan pada Julai lalu, manakala itu, peringkat akhir pada 15 November lalu telah disertai 15 orang peserta.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran Senegara bagi PPPBD.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran Senegara bagi PPPBD.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada pemenang Kategori Pemimpin Muda kepada Dayangku Fatin Fetriah.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada pemenang Kategori Pemimpin Muda kepada Dayangku Fatin Fetriah.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada pemenang Kategori Pandu Puteri Tunas, Dayang Umiyatul Hadifah.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada pemenang Kategori Pandu Puteri Tunas, Dayang Umiyatul Hadifah.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada pemenang Kategori Pemimpin Dewasa kepada Dayang Hamizah.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada pemenang Kategori Pemimpin Dewasa kepada Dayang Hamizah.

Sembah beliau lagi, pertandingan ini mempertandingkan lima kategori iaitu Kategori Pandu Puteri Tunas, Kategori Pandu Puteri Ranjer, Kategori Pemimpin Muda, Kategori Pemimpin Dewasa dan Kategori Pesuruhjaya.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ulasan daripada Pengerusi Hakim Pertandingan, Hajah Fatimah, sebelum pengumuman para pemenang-pemenang pertandingan.

Muncul juara dalam Kategori Pandu Puteri Tunas ialah Dayang Umiyatul Hadifah binti Merun dari Daerah Tutong yang diikuti oleh Dayang Nurul Jannatul Nabilah binti Ashadi selaku naib juara dan Dayang Izzah Nazirah binti Mohammad Bahtiar di tempat ketiga, dengan kedua-duanya dari Daerah Brunei dan Muara.

Juara Kategori Pandu Puteri Renjer pula disandang oleh Hajah Siti Nursyafiqah binti Haji Raslan dari Daerah Brunei dan Muara. Manakala itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Dayang Alimah Najibah binti Azman dari Daerah Brunei dan Muara dan Dayang Noramalina binti Ali dari Daerah Tutong.

Johan bagi kedua-dua kategori ini membawa pulang piala kurnia Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

Sementara itu, Dayangku Fatin Fetriah binti Pengiran Haji Isa dari Daerah Brunei dan Muara diumumkan sebagai juara Kategori Pemimpin Muda sekali gus, memenangi piala kurnia daripada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Hajah Siti Hafsah ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis itu.
Hajah Siti Hafsah ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis itu.
Persembahan bacaan Al-Quran bagi Kategori Pandu Puteri Tunas.
Persembahan bacaan Al-Quran bagi Kategori Pandu Puteri Tunas.

pg05_151121_g

pg05_151121_h

Manakala itu, Dayang Suhaidah binti Haji Bahrin dari Daerah Brunei dan Muara dan Dayang Nursyuhada Amanina binti Zailani dari Daerah Tutong masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Menjuarai Kategori Pemimpin Dewasa pula ialah Dayang Hamizah binti Haji Tahamit dari Daerah Brunei dan Muara dan diikuti oleh Dayang Noorhayatee binti Mazne dari Daerah Belait di tempat kedua.

Sementara itu, Hajah Linda binti Abdullah dari Daerah Brunei dan Muara muncul johan bagi Kategori Pesuruhjaya yang diikuti oleh Dayang Siti Zubaidah binti Haji Nor Hisham dari Daerah Brunei dan Muara di tempat kedua dan Hajah Ostinah binti Haji Othman dari Daerah Tutong selaku pemenang ketiga.

Juara kedua-dua kategori ini, masing-masing mendapat piala kurnia daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Majlis turut memperdengarkan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh johan-johan bagi setiap kategori sebelum Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah-hadiah kepada para pemenang dan cenderahati kepada hakim-hakim pertandingan.

Kemudian, majlis turut diserikan dengan persembahan oleh Pasukan Pandu Puteri Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD).

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca Al-Quran dalam kalangan ahli persatuan di samping mendidik ahli-ahli daripada aspek kerohanian dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup seharian.

ARTIKEL YANG SAMA