Berkenan rasm...

Berkenan rasmi Ekspo Pengajian Tinggi 2017

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, kelmarin, berkenan berangkat merasmikan Ekspo Pengajian Tinggi 2017 yang berlangsung selama dua hari, hingga hari ini di Dewan Bridex, Jerudong

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Selepas merasmikan ekspo berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan berangkat menyaksikan pameran institusi-institusi pengajian dari dalam dan luar negara yang menyertai ekspo berkenaan.

Institusi pengajian tinggi awam yang menyertai ekspo berkenaan termasuklah institusi tinggi kerajaan yang terdiri daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Politeknik Brunei dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

Manakala itu, antara institusi pengajian tinggi swasta yang ikut serta adalah Laksamana College of Business, Kolej IGS, Micronet, Kemuda dan BICPA.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ketika berkenan merasmikan Ekspo Pengajian Tinggi 2017.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ketika berkenan merasmikan Ekspo Pengajian Tinggi 2017.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima pesambah di majlis berkenaan.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima pesambah di majlis berkenaan.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung menyaksikan salah satu pameran yang terdapat di Ekspo Pengajian Tinggi 2017.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung menyaksikan salah satu pameran yang terdapat di Ekspo Pengajian Tinggi 2017.

Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan melawat pameran yang disembahkan oleh KUPU SB.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan melawat pameran yang disembahkan oleh KUPU SB.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan melawat pameran yang disembahkan oleh Universiti Teknologi Brunei.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan melawat pameran yang disembahkan oleh Universiti Teknologi Brunei.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan melawat pameran yang disembahkan oleh Universiti Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan melawat pameran yang disembahkan oleh Universiti Brunei Darussalam.

Selain itu, institusi pengajian tinggi antarabangsa yang turut ikut serta antaranya adalah Glasgow Caledonian University, RMIT University, Michigan State University, INTI College, University of Nottingham, Osaka University, Kagawa University, Asia Pacific University of Technology & Innovation, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, SEGI University dan sebagainya.

Agensi-agensi lain yang turut serta adalah Darussalam Enterprise (DARe), Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), E-Village, di bawah inisiatif ‘National Entrepreneurship Agenda’ Kementerian Pendidikan dan sebagainya.

Ekspo Pengajian Tinggi 2017 ini merupakan kali kedua diadakan yang menyatukan kesemua institusi pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi kerajaan, swasta dan antarabangsa di bawah satu bumbung.

Ia diadakan sebagai landasan kepada orang awam dan pelajar untuk meneroka peluang-peluang pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi sama ada dalam negeri mahupun luar
negara.

Selain itu, setiap institusi pengajian yang menyertai ekspo berkenaan turut mempamerkan pelbagai inisiatif yang berkaitan dengan pengajian tinggi di negara ini kepada pengunjung.

Dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, ekspo berkenaan diharap akan dapat memudahkan pelajar yang cenderung atau berminat untuk berinteraksi dengan pelbagai institusi bagi mendapatkan nasihat mengenai peluang-peluang kemasukan.

ARTIKEL YANG SAMA