Berkenan santap petang bersama PM Singapura

Berkenan santap petang bersama PM Singapura

SINGAPURA, 16 Ogos – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Petang bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia di Istana dialu-alukan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Chng Kai Fong.

Sejurus keberangkatan tiba, Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia dijunjung menandatangani Buku Pelawat dan seterusnya bergambar bersama Perdana Menteri Republik Singapura dan isteri sebelum beredar ke Istana Lounge bagi Majlis Santap Petang.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Petang bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Lee Hsien Loong kelmarin. – Gambar Infofoto
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Petang bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Lee Hsien Loong kelmarin. – Gambar Infofoto
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan bergambar ramai bersama Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching. - Gambar Infofoto
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan bergambar ramai bersama Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching. – Gambar Infofoto

Pada sebelah tengah hari, Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama Menteri Ehwal Luar Republik Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan. Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dialu-alukan oleh Dr Vivian Balakrishnan dan sejurus kemudian Yang Teramat Mulia dijunjung berangkat bergambar ramai sebelum Majlis Santap Tengah Hari.

Acara hari ini diteruskan lagi dengan lawatan muhibah Yang Teramat Mulia ke *SCAPE di mana keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dialu-alukan oleh Pengarah Eksekutifnya, Christopher Pragasam dan Pengurus Kanan bagi *SCAPE Berhad, Daniel Lim.

Sejurus keberangkatan tiba, Yang Teramat Mulia dijunjung berangkat melihat dengan lebih dekat lagi fasiliti-fasiliti yang ada di bangunan berkenaan selepas mendengar sembah taklimat mengenai dengan program-program belia yang dikendalikan oleh organisasi tersebut dan seterusnya bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA