Berkenan sempurnakan Majlis Ibadah Korban

Berkenan sempurnakan Majlis Ibadah Korban

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke majlis ibadah korban sunat Baginda serta kerabat diraja sejurus selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di perkarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja yang lain ke majlis itu dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Baginda Sultan ketika berkenan menyempurnakan penyembelihan kambing korban.
Baginda Sultan ketika berkenan menyempurnakan penyembelihan kambing korban.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan berangkat menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan berangkat menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ketika berkenan berangkat menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan melaksanakan ibadah korban.
Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan melaksanakan ibadah korban.
Suasana ketika sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
Suasana ketika sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja berserta ribuan umat Islam di negara ini menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah yang diadakan serentak di masjid-masjid, balai ibadat dan surau di seluruh negara.

Sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal. Manakala Khutbah Sunat Hari Raya Aidiladha dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin.

Pada majlis korban sunat pagi tadi, sebanyak tujuh ekor kambing disempurnakan penyembelihannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan paduka-paduka anakanda Baginda, manakala penyembelihan binatang-binatang korban Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja yang selebihnya disempurnakan di Pusat Penyembelihan Mulaut Abattoir Sdn. Bhd.

Pada tahun ini, sebanyak 74 ekor sapi dan 14 ekor kambing dikorbankan dan daging-daging korban tersebut diagihkan kepada para penerima di setiap daerah.

ARTIKEL YANG SAMA