Berkenan sertai Divas bertanding di Singapura

Berkenan sertai Divas bertanding di Singapura

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Fadhil Yunus

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah hari ini berkenan menyertai Pasukan Divas dalam sukan bola lisut di Kejohanan ‘ORA Fastpitch’ di Institut Raffles, Singapura.

Kejohanan tersebut yang bermula hari ini dan berakhir pada 27 Mac itu akan menyaksikan Pasukan Divas terlibat dalam tujuh perlawanan termasuk tiga perlawanan yang berlangsung hari ini.

Perlawanan pertama menyaksikan Divas menentang tuan rumah ORA yang berkesudahan dengan mata 3-2 berpihak kepada Pasukan ORA sebelum berhadapan pasukan RVHS yang berkesudahan dengan mata 9-7 berpihak kepada Pasukan Divas.

Pada sebelah petang pula perlawanan di antara Divas menentang CUDAS terpaksa ditangguhkan ke hari Ahad pagi seperti yang dilaporkan jurucakap Divas berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Ketika dihubungi Ketua Jurulatih Divas, Gedda Valencia serta pembantu Jurulatih Wan Tambrin menegaskan Divas mempamerkan pemainan yang baik pada perlawanan pertama dengan mendahului Pasukan ORA Institutes.

“Saya akui terdapat sedikit masalah komunikasi dalam kalangan pemain menyebabkan ORA mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan, dan cabaran lain dalam kejohanan kali ini adalah penyesuaian kepada padang dan lantunan bola berbanding di tempat sendiri,” ujarnya.

pg01_160326_a

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan menyertai Pasukan Divas di kejohanan tersebut.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan menyertai Pasukan Divas di kejohanan tersebut.

Menurut Wan Tambrin pula pada perlawanan kedua, Divas menunjukkan semangat juang yang tinggi dan akhirnya mendapat dua mata penting melalui Atthiyah Jaafar dengan pukulan Home Run dan Gedda Valencia pula sekali lagi membuat pukulan kemenangan menjadikan kedudukan mata 9 – 7.

“Ini penyertaan kami yang pertama di peringkat antarabangsa dan kami sangat berbesar hati dengan pencapaian ini terutama corak permainan yang ditunjukkan ketika menyerang mahupun bertahan,” ujar Tambrin.

Menurut Gedda pula, “Kami suka untuk menimba banyak pengalaman melalui kejohanan ini dan saya yakin kami kini bersemangat untuk terus maju dalam kejohanan ini.”

Divas akan kembali beraksi esok menentang tiga lagi pasukan iaitu Pasukan Raffles Institution di sebelah pagi kemudian menentang Pasukan Maiko Japan sebelum berhadapan Mudball lewat petangnya.

Pada hari terakhir pula, Divas akan menentang Pasukan Wolvens dalam kejohanan tersebut dan sejurus itu semua perlawanan akan ditentukan selepas selesai perlawanan yang diadakan secara liga kumpulan. Barisan pemain Divas yang bakal menyertai kejohanan itu terdiri dari Gedda Espanol Valencia (jurulatih dan pemain), Pengiran Anak Haffezah Syukrina PAHH, Sofiah Isa, Ivy Abad Carlos, Nimpa Villafranca Baral.

Juga menyertai Dayang Nur Hafizah binti Haji Abdul Sidek, Dayang Amalina binti Haji Abdul Karim, Wan Hannah binti Haji Abdul Karim, Wan Syaza binti Haji Abdul Karim, Dayang Nur Amanina Amirah bin Haji Hasnani, Radin Noryoul Afiqah binti Abdullah, Wan Rahmani binti Haji Suhaili, Dayangku Hajah Halyanoor Azamah binti Pengiran Haji Chuchu, Vanessa Pang Li Thuan, Hajah Adina binti Haji Mohd Aliddin, Athiyyah As’ad binti Mohd

Jaafar, Dayang Siti Marlina binti Haji Marsal serta dua jurulatih lain iaitu Wan Md Tambrin Sah dan Mohammad Alli bin Haji Othman.