Berkenan sertai Larian Wanita 2016

Berkenan sertai Larian Wanita 2016

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Lebih 200 orang peserta dari pelbagai peringkat usia telah menyertai Larian Wanita 2016 anjuran Persatuan Siswazah Wanita (PSW) yang bermula dan berakhir di The Colannade Jerudong Park, hari ini.

Berkenan berangkat merasmikan seterusnya menyertai acara larian pagi tadi ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.

Larian yang mempertandingkan tiga kategori iaitu 10km, 5km dan 3km itu telah didahului dengan sesi senamrobik sebelum pelepasan peserta larian 10km olehYang Teramat Mulia.

Yang Teramat Mulia juga berkenan menyertai larian dalam kategori 5km di mana Yang Teramat Mulia berjaya menduduki tempat kedua.

Acara larian pagi tadi itu diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan bergambar ramai dengan ahli-ahli Persatuan Siswazah Wanita.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan bergambar ramai dengan ahli-ahli Persatuan Siswazah Wanita.
Yang Teramat Mulia berkenan menyertai sesi senam robik.
Yang Teramat Mulia berkenan menyertai sesi senam robik.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pelepasan larian kategori 10km.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pelepasan larian kategori 10km.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menerima pingat kemenangan dan sijil penyertaan.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menerima pingat kemenangan dan sijil penyertaan.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara bagi kategori 5km.
Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara bagi kategori 5km.

Juara bagi kategori 3km telah disandang oleh Fenty Sutiono dengan catatan masa 20:03 dengan diikuti oleh Dayang Norshalinah binti Roslan di tempat kedua dengan catatan masa 21:45.

Kategori 5km pula telah dijuarai oleh Tamsin Homes dengan catatan masa 26:40, manakala itu, dengan catatan masa 27:00, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berjaya menduduki tempat kedua dan Dayang Norfarahin Nordin di tempat ketiga dengan mencatat masa 27:30.

Juara bagi kategori 10 km pula telah disandang oleh Airince Liam mencatat masa 39:41, manakala itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Julia Durston dengan catatan masa 41:12 dan Hajah Nora binti Haji Ramli dengan mencatat masa 49:95.

Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta warga emas yang terdiri daripada Hajah Ramlah binti Haji Abdul Ghani, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali dan Hajah Aminah binti Haji Yusof.

Manakala itu, menerima hadiah bagi peserta termuda ialah Alia Aishah Yushree yang berumur lima tahun dan Hannah Hasman yang berumur enam tahun.

Yang Di-Pertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin dalam sembah alu-aluannya menjelaskan, Larian Wanita 2016 PSW ini adalah julung-julung kalinya diadakan bagi memperingati Sambutan Hari Wanita.

Jelas beliau, aktiviti bagi memperingati sambutan tahun ini berlainan formatnya dengan aktiviti tahun lepas yang lebih berbentuk ilmiah dengan mengadakan Majlis Muzakarah Konvensyen mengenai Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Pada tahun ini, PSW menyambut Hari Wanita dengan menghimpunkan wanita, remaja dan anak-anak perempuan atas tujuan yang sama iaitu ‘To Celebrate being a woman, regardless of our age’.

Menurut beliau lagi, di samping dapat mengumpulkan para wanita dari pelbagai peringkat umur di negara ini melalui aktiviti riadah luar, kegiatan ini juga dapat menyatupadukan para wanita agar sama-sama aktif dalam kegiatan-kegiatan sosial serta mendokong saranan tentang kepentingan bersenam untuk kesihatan dan kesejahteraan.

ARTIKEL YANG SAMA