Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menerima mengadap Setiausaha Pertahanan Negara Republik Filipina, Delfin N. Lorenzana.

    Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Bakal Duta Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R-Tirol Ignacio.

    Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina mempunyai hubungan kerjasama pertahanan yang sangat erat dan sudah lama terjalin serta diperkukuhkan lagi dengan penandatanganan memorandum persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada 22 Ogos 2001, yang mengandungi perjanjian pertahanan, pertukaran profesional di semua peringkat, kepada latihan dan eksesais merentasi tentera darat, laut dan udara kedua-dua belah pihak.

    Hubungan pertahanan itu juga merangkumi beberapa landasan pelbagai hala termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus, serta melalui operasi pengaman antarabangsa iaitu Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) dan Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) di Mindanao, Republik Filipina.

    Lorenzana berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi tiga hari bermula 16 hingga 18 Mei yang bertujuan untuk meneruskan usaha pengukuhan kerjasama pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap Setiausaha Pertahanan Negara Republik Filipina, Delfin N. Lorenzana dan bakal Duta Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R-Tirol Ignacio pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan disembah kenalkan kepada rombongan Delfin N. Lorenzana semasa majlis mengadap di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...