Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan menerima mengadap secara berasingan perwakilan-perwakilan asing dan ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Erma Said Mohamed Al Kathiry. Sejurus itu, Baginda Raja Isteri turut berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai.

    Akhir sekali, Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Oman, Puan Yang Terutama Noralizan binti Abdul Momin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Megawati binti Dato Paduka Haji Manan dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN di Jakarta, Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Latifah binti Zaini.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan dijunjung bergambar ramai bersama ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berkenan menerima mengadap PYT Boosara Kanchanalai.
    Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap PYT Erma Said Mohamed Al Kathiry.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...