Berkenan terima mengadap ketua perwakilan asing

Berkenan terima mengadap ketua perwakilan asing

Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Nguyen Truong Giang (gambar atas).

pg03_160831_a

pg03_160831_b

Beliau telah menyembahkan Surat Tauliah pelantikannya kehadapan majlis Baginda Sultan pada 29 September 2012.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Mohammad Abdul Hye (gambar bawah).

Beliau telah menyembahkan Surat Tauliah pelantikan kehadapan majlis Baginda Sultan pada 29 September 2012.

ARTIKEL YANG SAMA