Berkenan terima surat-surat tauliah pelantikan

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan ketua-ketua perwakilan negara asing ke negara ini yang tidak menetap di Istana Nurul Iman.

Duta-duta berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Cuba, Puan Yang Terutama Ibete Fernandez Hernandez; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Denmark, Puan Yang Terutama Dorte Bech Vizard; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Maghribi, Tuan Yang Terutama Mohamed Reda Benkhaldoun; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Bosnia dan Herzegovina, Tuan Yang Terutama Emir Hadzikadunic; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Argentina, Tuan Yang Terutama Manuel Jose Balaguer Salas; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negeri-Negeri Mexico Bersatu, Tuan Yang Terutama Nathan Wolf Lustbader; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Hungary, Tuan Yang Terutama Dr. Istvan Szerdahelyi dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Itali, Tuan Yang Terutama Raffaele Langella.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Portugal, Tuan Yang Terutama Rui Fernando Sucena do Carmo; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Belgium, Tuan Yang Terutama Andy Detaille; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Peru, Tuan Yang Terutama Guido Felipe Loayza Devescovi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Emiriyah Arab Bersatu, Tuan Yang Terutama Khalid Ghanim Mohammad AlGhaith; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Austria, Tuan Yang Terutama Dr. Michael Postl; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Netherlands, Puan Yang Terutama Grietje Vonno-Landman; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Gamal Abdel Rahim Mohamed Metwally dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Norway, Puan Yang Terutama Gunn Jorid Roset.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menerima surat tauliah pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Cuba, Puan Yang Terutama Ibete Fernandez Hernandez (atas) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Maghribi, Tuan Yang Terutama Mohamed Reda Benkhaldoun (bawah) di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Netherlands, PYT Grietje Vonno-Landman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Ecuador, TYT Fabian Enrique Valdivieso Eguigurent.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar istimewa dan mutlak negara asing tidak menetap yang baharu.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar istimewa dan mutlak negara asing tidak menetap yang baharu.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar bersama pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar istimewa dan mutlak negara asing yang tidak menetap yang baru.

Selain itu, Baginda Sultan juga berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Uruguay, Puan Yang Terutama Elsa Nury Bauzan Benzano; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sudan, Tuan Yang Terutama Hamza Omer Hassan Ahmed; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Ecuador, Tuan Yang Terutama Fabian Enrique Valdivieso Eguigurent; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Georgia, Tuan Yang Terutama Nikoloz Apkhazava; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Gambia, Puan Yang Terutama Ramzia Diab Ghanim; Pesuruhjaya Tinggi Republik Uganda, Puan Yang Terutama Dorothy Samali Hyuha dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Persekutuan Nigeria, Tuan Yang Terutama Nurudeen Muhammed.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima mengadap pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar istimewa dan mutlak negara asing tidak menetap yang baru menerima surat-surat tauliah pelantikan tersebut.

Turut hadir pada majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.